Berani Gagal dan Tidak Mudah Putus Asa

Berani Gagal dan Tidak Mudah Putus Asa |    Dalam beberapa versi, telah dikisahkan bagaimana seseorang yang memiliki kehebatan dalam sesuatu bidang, telah terlibat dalam satu kemalangan.
Akibat daripada peristiwa itu, individu hebat tersebut tidak lagi dapat mempamerkan kehebatannya.
Diceritakan lagi individu itu dengan nada positif berkata:
Apabila sebelum ini aku mampu melakukan 1000 perkara, kini aku masih mampu melakukan 100 perkara.
Gambaran cerita secara umum yang mempunyai pengajaran yang baik. Pengajaran itu adalah: berani gagal dan tidak mudah putus asa.

Berani Gagal dan Tidak Mudah Putus Asa

Apabila mengalami kegagalan, ia tidak bermakna gagal selamanya.
Apabila mengalami kegagalan, persoalan yang penting adalah bagaimana mengendali dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Allah SWT maha adil terhadap para hambanya. Dia juga maha adil terhadap tiap-tiap sesuatu.
Sebaliknya manusia pula seringkali gopoh. Apabila menghadapi sedikit ujian kesusahan seperti kegagalan, mereka kesal dan tidak redha. Mereka menganggap ujian kesusahan adalah tanda Allah SWT benci dan nikmat kesenangan tanda Allah SWT redha.
Namun hakikatnya, kesenangan dan kesusahan kedua-duannya merupakan ujian.
Kekeliruan mereka ini dinafi melalui firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 15-16 yang bermaksud:
15. Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”
16. Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada penjelasan di atas adalah: usah mudah putus dan terus berusaha.
Seterusnya apabila berlaku sebarang ujian seperti kegagalan, bagaimanakah cara menghadapinya?

Bagaimana Menghadapi Ujian – 3 Cara Mudah & Ringkas

Ujian boleh dihadapi dengan 3 cara mudah seperti berikut:
1 – Ujian Adalah Fitrah
Mengetahui bahawa ujian adalah fitrah. Setiap ujian yang menimpa adalah untuk menjadikan seseorang lebih baik.
2 – Berdoa
Sentiasa memohon pertolongan Allah SWT dalam segenap hal dan bertawakal kepada-Nya.
3 – Proaktif
Bersikap proaktif apabila menghadapi ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Akhir Kata

Demikian artikel tentang berani gagal dan tidak mudah putus asa serta 3 cara mudah & ringkas menghadapi ujian iaitu: 
  1. Ujian adalah fitrah
  2. Berdoa
  3. Proaktif
Terima kasih diucapkan untuk ruang dan masa yang diberikan. Didoakan semoga perkongsian ini memberi kebaikan. Amin.

p.s: artikel ini adalah hasil perkongsian idea seorang rakan baik yang meminta namanya dirahsiakan. Terima kasih tuan.